Digantung Parlimen 6 bulan N._Surendran

Pada 19 Jun 2014, N Surendran digantung 6 bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat semasa mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen.Penggantungan itu kali kedua diterima Surendran di bawah usul sama kerana kesalahan hampir serupa. Pada 14 November 2013, N Surendran turut digantung enam bulan. Tindakan Surendran membuat pelbagai tohmahan tidak berasas bukan sahaja tidak berhemah dan tidak bertanggungjawab tetapi jelas mencemar nama baik Dewan Rakyat. Surendran mendakwa Parlimen di Malaysia gagal berfungsi dengan baik dan menuduh Dewan Rakyat bersifat kuku besi kerana kononnya tidak memberi hak bersuara kepada pembangkang. Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula sentiasa menolak apa sahaja usul pembangkang dan menjadikan Dewan Rakyat sebagai alat kepada kerajaan untuk mendahulukan apa sahaja dasar yang ingin dibawa parti pemerintah. [2][3]